Sebab boring kat ofis, I sambung je la citer pasal liposuction ni ye. Perasaan tergedik sangat nak buat liposuction telah hadir dalam jiwa ini dalam dua taun lepas. Tapi laserlipo not the conventional liposuction. Takotttt mati la kata kan...
Sejak saya kecik ke..memang paha saya besar dan saya mempunyai bontot. SO when I grow up and putting on weight, lemak2 tu semua bertumpu kat bahagian itu. Bila dah tua2 ni..hehe when I tried to lose weight, I do not have a problem on my tummy or to be exact, upper part of my body...tapi bontot ke bawah ni, masya allah susah nye nak kecik!
Lagi satu, I memang berasa rendah diri dengan paha i yang gemok ni. There were times which I like to wear skirts coz that is the only way I can hide the huge~ness of my thighs hahaha Tapi memang tak cantek la..bila badan dah kecik, bila tiba time punggung ke bawah...hancus...unproportionate!!!
Macam ni la badan saya ye..tapi pear yang lebih besar. And kaki tu pun besar tak macam kaki pear tersebut! Maka liposuction ini di buat bukan lah untuk mengurangkan berat badan. Tetapi ianya adalah untuk membentukkan kembali badan anda. So jangan la ingat bila lemak saya dah di sedut, saya terus drop 10kg!
Dan liposuction adalah jalan terakhir jika senaman atau segala bentuk nak kecik kan bahagian badan itu tidak berjaya kerana liposuction ni adalah satu prosedur yang berisiko tinggi dan boleh membawa maut jika tidak di monitor dan dijalankan oleh doktor pakar. Maka, jangan main buat aje di klinik2 seperti ada kes mak datin yang koma dan meninggal dunia few days after that....
August 4, 2011, was my first consultation with Dato' Dr. Jalil Jidon, Consultant Plastic & Reconstructive Surgeon of Ampang Puteri Specialist Hospital. It was kinda funny as doc jalil asked me, dah berapa lama you sedar paha u ni besar sangat? haha sungguh jujur doc ini ye. I jawab dah lama doc...then doc said this gonna be an extensive liposuction. I cannot do laserlipo as it will defeat the purpose. Laserlipo is meant for small amount of fats only but not mine! :)
The next question I asked was, tak bahaya ke doctor as it is conventional liposuction. tak mati? hehe doc said, the procedure should be done slowly, gently with monitoring of everything..my blood pressure..anaesthetic..to avoid complications. Lega rasa hati ku..
So..bila boleh buat ye doctor? Hmmm...next tuesday boleh. By hari raya you dah sihat..auwww giler kentang terus buat surgery appointment tanpa banyak pikir. Lantak la kau kerja2 yang outstanding kat ofis tu..yang penting hajat saya bertahun lama nya tercapai. Maka, doc pun terus tulis nama i in the diary. Dan saya pulang dengan perasaan yang gembira tapi takut...adakah saya akan teruskan???

0 comments:
Post a Comment